Oleh: Dr Azwan
Sambungan....
PERUBATAN ISLAM HANYA BERASASKAN NILAI DAN MORAL SAHAJA?
Adakah
hanya dengan menetapkan bahawa perubatan moden yang menjaga etika,
nilai yang tinggi dan moral sudah menjadikan perubatan itu dipanggil
perubatan Islam.
Ini tentulah agak sukar kerana perubatan berdasarkan hanya nilai dan moral sangat subjektif dan sangat sukar untuk didefinisikan. Walaupun begitu, etika dan nilai moral yang tinggi adalah salah satu ciri perubatan Islam tetapi tidak hanya behenti di setakat itu sahaja.
Ini tentulah agak sukar kerana perubatan berdasarkan hanya nilai dan moral sangat subjektif dan sangat sukar untuk didefinisikan. Walaupun begitu, etika dan nilai moral yang tinggi adalah salah satu ciri perubatan Islam tetapi tidak hanya behenti di setakat itu sahaja.
PERUBATAN TRADISIONAL MUSLIM
Pada waktu ini, pengamalan perubatan tradisional orang Islam menggunakan ramuan tradisional pada zaman dahulu digelar perubatan Islam.
Mengapa pengamal perubatan tradisional Islam mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun perubatan semakin moden?
Ada beberapa sebab. Pertama, kegagalan perubatan moden mencapai ke dalam kawasan-kawasan ceruk dan pendalaman. Sebagai contoh-contoh di kawasan kampung yang sukar dari segi akses, maka pengamal perubatan tradisional Islam akan mendapat tempat.
Kedua, adakalanya perubatan tradisional yang diamalkan oleh orang Islam memang ada keberkesanannya. Ubat tradisional adakalanya telah diuji selama beberapa dekad dan generasi. Sekiranya ia tidak mujarab maka ia sudah lama berkubur, tetapi oleh kerana ia mujarab, ia terus digunakan sentiasa. Contohnya gamat yang boleh menyembuhkan luka telah digunakan selama beratus tahun.
Ketiga, Sikap segelintir orang Islam yang cuba menjauhi daripada perubatan yang ada kena mengenai dengan dunia barat.
Keempat,
pengamal perubatan tradisional Islam lebih memandang manusia secara
menyeluruh (bukan sekadar penghidap penyakit), mempunyai lebih banyak
masa untuk mendengar masalah pesakit dan tidak menggunakan teknologi
yang kadang-kadang tidak disenangi oleh segelintir pesakit. Sedangkan di
hospital, kebanyakan doktor terpaksa melayan beratus pesakit sehari
menjadikan masa bukan berada di pihak mereka.
Malah, kewujudan lebih banyak perubatan tradisional turun temurun yang diamalkan oleh orang Islam sebenarnya bukan satu fenomena lokaliti tetapi menyeluruh ke banyak tempat disebabkan oleh kegagalan perubatan moden untuk menangani isu yang disebutkan di atas.
Malah, kewujudan lebih banyak perubatan tradisional turun temurun yang diamalkan oleh orang Islam sebenarnya bukan satu fenomena lokaliti tetapi menyeluruh ke banyak tempat disebabkan oleh kegagalan perubatan moden untuk menangani isu yang disebutkan di atas.
Walaubagaimanapun,
Islam melarang umatnya yang mengamalkan perubatan tradisional
menggunakan sihir, menilik nasib dan tangkal. Ada juga yang menggunakan
jin atau mengaku mempunyai kuasa mengawal jin. Perbuatan-perbuatan ini
telah jelas di dalam Quran dan sunnah adalah syirik dan menghampiri
syirik. Ini adalah antara sebab ada perubatan tradisional tidak lagi
popular di kalangan umat Islam secara majoriti.
DEFINISI BARU PERUBATAN ISLAM
Cadangan
oleh Prof Omar Kasule untuk mendefinisikan Perubatan Islam sebagai
amalan perubatan di mana dasar paradigma dan konsep, nilai dan
prosedurnya sesuai dan tidak bercanggahan dengan al-Qur'an dan Sunnah.
Ia tidak bergantung kepada prosedur dan ubat-ubatan tertentu yang
menjadikan ia sebagai perubatan Islam tetapi perubatan Islam itu meluas,
mencakupi kesemua dan fleksibel, dan melalui proses perkembangan
termasuk cara berubat dan pemeriksaan penyakit.
ADAKAH PERUBATAN ISLAM HANYA UNTUK ORANG ISLAM?
Saya
tertarik dengan persoalan ini. Adakah Perubatan Islam hanya untuk orang
Islam, atau adakah ia adalah universal dan mencakupi ke seluruh dunia
tanpa mengira agama, negara dan warna kulit?
Bila persoalan ini diungkapkan, perubatan Islam tentulah perlu berada pada aras cemerlang atau lebih cemerlang daripada perubatan barat yang ada sekarang.
PERUBATAN BERASASKAN BUKTI CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM
Perubatan empirikal atau perubatan berasaskan bukti (Evidence Based Medicine) adalah satu pembuktian secara saintifik yang telah diamalkan beratus-ratus tahun sejak zaman yunani dan greek dan diteruskan dan didokong oleh saintis Islam pada zaman kegemilangannya kemudian diteruskan oleh saintis barat dan Islam sehingga kini.
Ia adalah prioriti dan dianggap piawai kepada kecemerlangan ilmu saintifik. Malah perubatan berasaskan bukti adalah selari dengan Islam. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan perubatan empirikal yang diamalkan barat seperti "biased", kelemahan dari sudut pemerhatian dan sbg, ia boleh ditambah baik di dalam perubatan Islam.
MENG"ISLAM"KAN BIDANG PERUBATAN
Islamisasi di dalam sistem perubatan adalah perlu kerana sistem perubatan itu sendiri bukanlah hak barat sahaja malah ia adalah satu perkara yang universal. Malah ramai doktor dan saintis Islam telah banyak menyumbang kepada kemajuan bidang perubatan ini.
Perubatan Barat tidak melihat moral dan isu sosial sebagai perkara penting di dalam masalah pesakit. Apabila pesakit datang kerana masalah hati atau liver chirrosis, maka doktor tidak menyentuh tentang keburukan alkohol dan kenapa pesakit perlu berhenti daipada meminum arak. Mereka hanya mahu merawat masalah dan lupa kepada akar masalah tersebut yang bertitik tolak daripada nilai dan moral pesakit.
Begitu juga amalan kapitalis yang menjadikan perubatan hanya untuk mengaut keuntungan dan kekayaan. Ini menjadikan masalah penipuan dan "malpractice" di dalam perubatan adalah tinggi.
Sumber Ilmu di dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu sumber wahyu dan "kawn" atau dunia eksperimen. "Aqal" atau intelektual adalah alat yang diberi kepada manusia untuk menta'kul dan berfikir dan menguruskan 2 sumber ilmu tadi iaitu "wahyu" dan "kawn".
Pemikiran Barat tidak menerima "wahyu" sebagai sumber ilmu. Mereka bersifat materialistik, tidak mempercayai agama dan adalakalanya anti agama. Oleh itu "ghaib" iaitu satu entiti yang tidak dapat dilihat tidak dimasukkan sekali.
Oleh itu mereka bertindak berdasarkan sistem moraliti yang vakum. Tidak ada sistem moral yang berdiri. Oleh itu mereka cuba menyelesaikan masalah perubatan disebabkan oleh moral tadi dengan menggunakan hanya sistem kecanggihan teknologi sahaja. Ini yang menyebabkan kegagalan sistem perubatan barat berbanding Islam.
KESIMPULAN
Keadaan kita sekarang telah diterangkan oleh Imam Shafiie seribu tahun yang lalu yang ditulis oleh Jalaludin as Sayuti di dalam bukunya Tibb an Nabawi.
"Selepas sains yang membezakan di antara halal dan haram, saya tidak mengetahui satu pun ilmu sains yang lebih tinggi daripada ilmu perubatan... benarlah, Ahli Kitab telah mengalahkan kita dan meninggalkan kita jauh dari dalam bidang ini..."
Semoga proses Islamisasi di dalam bidang perubatan dapat meningkatkan lagi kemampuan intelektual dan motivasi kita secara prakikal untuk bekerja keras di dalam bidang penyelidikan perubatan agar Islam dapat kembali lagi sebagai pemimpin di dalam bidang ini.
Wallahu A'lam.